Header Ads Widget

Ticker

6/recent/ticker-posts

Facebook Mencipta AI Untuk Mencipta Ubat Kenser

 

Sebelum bercerita mengenai langkah pihak Facebook untuk mencipta matawang digital mereka, terdapat satu cerita lain di sebalik berita tentang matawang ni. 

Baru-baru ni pihak Facebook telah mencipta satu teknologi Artificial Intelligent (AI) yang digelar compositional perturbation autoencoder (CPA).  Apa benda CPA ni?

Tuags CPA ni mencari kombinasi ubat yang mampu merawat penyakit kronik seperti kenser. Kalau kita perasan, di dalam facebook sendiri kita akan dipadankan dengan iklan yang berpotensi untuk kita beli. Acapkali kita dengar orang merungut seolah-olah Facebook tahu apa yang difikirkan oleh netizen. Baru carita pasal kasut, dah keluar iklan kasut. Bincang dengan member pasal nak buat loan kereta, keluarlah iklan pasal kereta. 

CPA ni fungsinya sama seperti crita di atas. Tugas Kalau Algorithma aplikasi Facebook tu mencari iklan yang sepadan dengan profile pengguna, tugas CPA pula mencari kombinasi ubatan yang sesuai untuk sel yang diserang penyakit seperti kenser. 

Apa yang lebih memeranjatkan, penyeklidikan ini adalah "open sources". Bererti ianya boleh di akses oleh orang awam. Boleh pergi ke link ni untuk download sendiri research pihak Facebook ni (Facebbok Research).


Jadi apa masalahnya dengan research ni?

Sejujurnya aku secara peribadi tak ada masalah. Malah aku gembira dengan penyelidikan ni. Tapi ada beberapa pihak yang merasakan ini petanda untuk berlakunya perkara buruk yang besar pada masa depan.

Kalau disingkap perjalanan Facebook dan Google, kedua-dua media gergasi ini ada satu persamaan. Mereka menyimpan data manusia terbesar di muka bumi ini. Data peribadi yang mungkin mendatangkan mudarat besar dan boleh menawal manusia secara tanpa sedar.

Data yang saya maksudkan di sini, data fizikal dan psykologi manusia. Data fizikal seperti data nombor telefon, alamat rumah, kad kredit dan nombor akaun bank beserta password. Ahli keluarga, sahabat terdekat, atau alamat tempat kerja. Ini semua ada dalam database pihak Facebook dan Google. 

Begitu juga dengan data psykologi seperti makanan kegemaran, warna yang anda suka, ciri-ciri wanita idaman, atau jenama kegemaran. 

Namapk sudah lengkap bukan? Cuma ada satu data kritikal yang dua syarikat gergasi ini tidak ada. Iaitu data kesihatan orang awam. 

Ada apa dengan data kesihatan? Penting ke?

Ya! Sangat mutahak! Bayangkan kalau kita ada data kesihatan seluruh manusia atas bumi ni dalam jangkamasa 10 tahun, kita ada cukup data untuk ketahui pola perubahan tubuh manusia dari satu generasi ke satu genrasi. Datuk nenek kita dulu umur 40-50 boleh jogging lagi kat tepi sawah. Budak sekarang umur 20 dah kena tulang rapuh. Doktor cakap sebab persekitaran, makanan, dan banyak faktor lain. Mana doktor tau semua ni? Sebab rekod kesihatan lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 

Dulu kita dengan kenser ni orang tua je yang kena. Sekarang budak kecik pun ada yang kena kenser. Macam mana nak tahu faktor ni semua? Pastilah melalui rekod kesihatan pesakit kenser. Bukan cuma seorang, tapi perlukan berjuta data untuk buat penyelidikan. Kena tengok banyak faktor. Sebab lain orang, lain tahap kesihatan tubuh mereka. Kita perlu mencari persamaan untuk menyelesaikan masalah. 

Berbalik ke peyelidikan pihak Facebook, untuk memastikan project CPA Facebook berjaya, pihak Facebook perlukan data untuk melatih AI ini. Data perlu di upload ke database CPA. Lebih banyak data yang CPA ada, maka kerja CPA akan lebih tepat. 


Bagaimana pihak Facebook nak dapatkan data kesihatan orang awam ni? 


Untuk menjawab soalan ini, kita perlu lihat keadaan pihak Facebook sekarang. Pihak Facebook berhadapan dengan pelbagai kes mahkamah atas pencabulan data peribadi. Oleh itu, projek ini dibaa masuk untuk meyakinkan pihak mahkamah bahawa mereka melakukan kerja amal ynag besar dan data peribadi orang awam diperlukan untuk projek ini. Untuk menambah keyakinan pihak mahkamah, data projek dibuka untuk orang awam supaya orang awam dapat lihat sendiri ketelusan pihak Facebook untuk menolong manusia yang ditimpa penyakit kronik. 

Langkah ini juga memberi ruang kepada pihak Facebook mendapatkan laporan kesihatan orang awam satu masa kelak. Tidak hairan pihak Facebook akan meminta anda upload data kesihatan yang diperakui oleh doktor yang bertauliah untuk menakses salah satu aplikasi mereka pada masa akan datang. Who knows?

Impaknya?

Semua sedia maklum bahawa bisnes model Facebook adalah menjual data kita kepada pihak ketiga untuk iklan. Jika data sepenting gaya hidup peribadi kita pun boleh di jual, inikan pula data perubatan?

Jika data kesihatan manusia yang banyak jatuh kepada pihak yang salah, banyak perkara buruk boleh berlaku. Contohnya penghasilan senjata biokimia, virus tanpa penawar, mutasi manusia, atau agenda mengurangkan populasi global. 

Jika sebelum ini yang memegang dokumentasi data kesihatan ini adalah agensi kesihatan, tetapi tidak centralized. Malahan model bisnes agensi kesihatan adalh melalui penghasilan ubat ubatan, penyelidikan dan tidak menyentuh industri pengiklanan. Malahan mengiklankan produk perubatan juga diharamkan di beberapa buah negara. Ianya berbeza dengan model bisnes pihak Facebook. Jadi, agak janggal jika pihak Facebook melabur besar dalam industri Bioteknologi perubatan tanpa sebarang adgenda.

Konklusinya


Apa yang aku tulis di atas cumalah persepsi aku.  Seperti yang aku tulis di awal tadi, aku juga menyokong projek ini. Tetapi potensi untuk perkara buruk berlaku juga ada.  Apa pula pendapat anda? 

Untuk bacaan lebih lanjut dalam bahasa inggeris, boleh lawat website ni:





Yorum Gönder

0 Yorumlar